Sejarah Sekolah


Sekolah ini diasaskan hasil daripada idea Encik Putih bin Senawi.  Pada tahun 1930-an, sekolah ini terdiri daripada rangka kayu beratapkan daun nipah.  Ia dikenali sebagai Sekolah Rakyat dan dikelilingi oleh tanah sawah berhampiran Bukit Besar.

  Pada tahun 1940 sebuah bangunan kayu beratap nipah mengandungi 4 buah bilik darjah telah dibina semula setelah bangunan asalnya musnah akibat kejadian ribut.

  Pada tahun 1940, ketika zaman pemerintahan Jepun, persekolahan tetap diteruskan dimana tiga orang guru ditugaskan untuk mengajar iaitu Cikgu Abdul Hamid, Cikgu Abu Bakar dan Cikgu Darus.  Gaji guru-guru dibayar hasil kutipan derma orang ramai.  Pelajaran yang diajar ialah menulis dan membaca Bahasa Jepun.

  Pada Tahun 1943, pelajaran Bahasa Thai diajar selama setahun di sekolah ini dan diajar oleh Cikgu Bakar dan Cikgu Hamid.

  Pada tahun 1945 apabila Jepun menyerah kalah, persekolahan pun ditamatkan dan sekolah dirobohkan akibat dimakan anai-anai.

  Sekitar tahun 1951, sekolah ditubuhkan semula dengan menumpang di Bangunan Pondok Haji Mahmud, Bukit Besar.  Tenaga pengajar seramai tiga orang disediakan oleh kerajaan.

Comments